Kami menawarkan khidmat kelas bimbingan bacaan dan hafazan al-Qur'an bagi golongan dewasa dan kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-70 tahun daripada peringkat asas sehinggalah ke peringkat talaqi, terutamanya penduduk di sekitar Batu Belah, Meru, Kapar, Rantau Panjang, Sementa dan Klang. Kelas berhawa dingin, selesa dan yuran berpatutan.
Berhadapan dengan Restoran Nasi Kukus Sotong Besar, Batu Belah Klang, bersebelahan dengan Restoran PATMOS, dan di tingkat atas kedai motorsikal MOS.
SELAMAT DATANG KE
ALBAGHDADI LEARNING CENTRE BATU BELAH KLANG
Bersyukur kita kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita yang telah memilih untuk menjadi seorang Muslim dan juga Umat Muhammad s.a.w. AL Quran yang kita warisi sejak lebih 1400 tahun dahulu masih tetap utuh dan kekal sehingga hari kiamat nanti. Terpanggil untuk meneruskan dakwah Baginda Rasulullah dalam menyampaikan kebenaran melalui kitab suci ini, bermula dengan mempelajari cara membaca dengan betul, memahami dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Kami bersedia membantu masyarakat umat Islam untuk mempelajari Al Quran dengan cara yang unik , menyeronokkan dan berkesan melalui Teknik Al Baghdadi.
3 PERINGKAT BELAJAR AL QURAN
Kelas Mengaji Al Quran yang kami sediakan melalui 3 peringkat iaitu Asas, Pertengahan & Lanjutan
KELAS ASAS ( 12 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
APA YANG DIPELAJARI ?
Setiap pelajar akan mempelajari 6 kemahiran asas membaca Al Quran seperti di dalam gambar disebelah ini. Setiap kemahiran akan dibentuk melalui aktiviti pembelajaran secara individu dan secara kumpulan. Latih tubi turut dipraktiskan di sepanjang sesi pembelajaran.
Setiap sesi pembelajaran mengambil masa 2 jam yang tidak dirasakan. Kerana aktiviti pembelajaran Al Baghdadi menitikberatkan penggunaan alat bantu pembelajaran yang dipanggil "ALAT KETUK'.
Pendekatan membaca secara beramai-ramai dapat mengelakkan rasa malu dan segan dikalangan pelajar baik kanak-kanak mahupun dewasa. Teknik ini telah terbukti MUDAH, MENYERONOKKAN DAN SANGAT BERKESAN.
KELAS PERTENGAHAN ( 12 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
KELAS LANJUTAN (60 SESI)
Keadah pembelajaran Al-Quran secara sistemitik, mudah difahami, pengajaran terperinci oleh pengajar yang bertauliah dan tempat yang selesa.
Pembelajaran Al-Quran adalah berstruktur, sangat membantu untuk memahami apa yang dipelajari. Dari Tamhid, Tajwid dan Talaqi Al-Quran dengan penerangan dan pengukuhan dalam memberi kefahaman dengan baik oleh ustaz dan ustazah di Al-Baghdadi Batu Belah Klang.
Pentadbiran dan pengurusan yang baik menyebabkan kelas di urus secara sistematik dan kondusif juga tenaga pengajar yang komited. Terbaik.
Teknik dan kaedah pembelajaran Al-Quran sangat mudah difahami bagi segenap lapisan umur. Tenaga pengajar yang bertauliah dan mesra. Tempat belajar di Al-Baghdadi Batu Belah klang yang selesa dan sentiasa mempunyai alternatif untuk para pelajar meneruskan pembelajaran (online).
Albaghdadi Batu Belah terbaik!! Tempat yang tepat bagi golongan dewasa yang ingin belajar Al-quran from zero to hero.
Alhamdulilah terbaik, .tenaga Al-Baghdadi Batu Belah klang yang berpengalaman dan committed. Sistem pembelajaran teratur dan mudah difahami.
Pembelajaran Al-Quran yang sangat bermakna dan semua tenaga pengajar memberi komitmen yang sangat tinggi. Tahniah Al-Baghdadi Batu Belah Klang. Semoga semua tenga pengajar dan pelajar Al-Quran dari semua peringkat umur mendapat manfaat.
Kelas Asas Dewasa (KAD) - RM 100.00 / Kelas Tajwid Dewasa (TJ) - RM 100.00 / Kelas Talaqi…
Kelas Pra Asas Kanak-Kanak (Pra KAK) - RM 100.00 / Kelas Asas Kanak-Kanak (KAK) - RM 100.00…
Kelas Hometutor Asas Dewasa (HTAD) - RM 200.00 / Kelas Hometutor Tajwid Dewasa (HTJD) - RM…
INFO TERKINI
PENGUMUMAN 1
PROGRAM CUTI SEKOLAH : KEM JOM MENGAJI DAN MEMBACA
TARIKH…
Al Baghdadi Learning Centre (ALC Saujana Utama ) terletak di Sungai Buloh. Beroperasi…
Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.
Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com