Apa itu Al Baghdadi Childcare Centre?
Taska Al Quran Al Baghdadi merupakan Pusat Jagaan dan Asuhan yang akan melaksanakan Modul APeP1000 menggunakan pendekatan bahawa belajar adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan dengan memberi penekanan kepada PRIMA SITUASI PEMBELAJARAN yang memberi peluang kepada anak mendapat ASAS Al Quran yang secukupnya. Fokus utama Taska Al Quran Al Baghdadi ialah berkonsepkan pembangunan SAFA yang merujuk kepada aspek Sosio Emosi, Al Quran, Fizikal dan Akidah.
Taska Al Quran Al Baghdadi berteraskan 7 Tunjang utama pembelajaran dengan mengikut tahap perkembangan kognitif, emosi dan fizikal anak mengikut umur anak 0 hingga 12 bulan; 1 hingga 2 tahun; 2 hingga 3 tahun dan 3 hingga 4 tahun. Semoga anak yang diasuh di Taska Al Quran Al Baghdadi mempunyai emosi yang sentiasa ceria dan positif, menjadikan Al Quran sebagai bahasa harian, memiliki fizikal yang kuat dan asas akidah yang baik serta akal yang genius.
Kata-Kata Aluan Pengusaha
Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Noraizah Atan tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di ACC Tampoi adalah salah sebuah Taska Al-Quran Al Baghdadi Childcare Centre yang telah beroperasi di No 2, Jalan Cengkerik 2, Pusat Perdagangan Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor. Kami mempunyai 10 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam taska ini. Alhamdulillah maklum balas yang diberi kepada taska kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di taska kami.
Keistimewaan ACC
1. PENDEKATAN belajar yang gembira dan seronok bagi anak kecil.
2. Penekanan kepada SITUASI PRIMA
3. Pembelajaran yang memberi peluang kepada anak mendapat bahasa AL QURAN dan pembentukan AKIDAH yang jelas.
4. Modul PEMBELAJARAN Al Quran berdasarkan kepada TAHAP perkembangan positif,emosi dan fizikal anak mengikut tahap usia (0-12 bulan), (1-2 tahun), (2-3 tahun) dan (3 -4 tahun)
There are no reviews at the moment
Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.
Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com