Jom APC

 

 

 

 

Pendidikan Awal adalah suatu bentuk pendidikan yang amat kritikal. Menyediakan anak-anak yang mampu membaca sekaligus khatam Al Quran seawal usia adalah penting dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini. Jom APC!

Puan Hajjah Sopiah Jamin
Pengurus APC Bandar Jengka

Belajar sambil bermain merupakan elemen penting dalam pendidikan anak-anak. Teknik ketukan Al Baghdadi menghasilkan pembelajaran secara bermain dan pengulangan pembelajaran tanpa disedari oleh anak-anak.


Puan Azizah Ali
Pengurus APC Kepayan

Menguruskan kehidupan anak-anak umpama menguruskan sebuah syarikat dan perancangan teliti dalam pendidikan awal anak-anak memerlukan penelitian terperinci oleh ibubapa. APC menyediakan suasana pembelajaran aktif dengan Al Quran.

Sharafuddin Sharif 
Pengurus APC Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)

 

 

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas Bacaan Al Quran) dan NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi) yang memenuhi 50 % pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran akademik seperti Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak.

Pendidikan Prasekolah Al Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al Quran yang mampu mempelajari Al Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan memahami ayat Al Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records serta telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

 

 

Teras Ilmu merupakan tunjang utama pembelajaran di APC. JOM ALBAGHDADI memberi fokus kepada pembelajaran asas Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. Manakala Jom Nadi Al Baghdadi memberi fokus kepada pembelajaran hafazan Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi.

Aspek kognitif merupakan teras ilmu duniawi yang disandarkan kepada aspek pendidikan Al Quran. Teras kognitif amat perlu untuk meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anaka-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek JOM KAJI, JOM KIRA dan JOM KREATIF mampu mengaktifkan keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka.

 

Teras Bahasa merupakan teras kedua selepas Teras Ilmu diterapkan. Ia dihasilkan berdasarkan Firman Allah S.W.T : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangs­a dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Oleh itu Teras Bahasa adalah menjadi keutamaan dan ia merangkumi  JOM BACA RUMI, JOM BACA JAWI, LET’S READ DAN HAYYA NAQRA.

Teras Akhlak adalah tunjang dalam mengamalkan agama Islam yang diterapkan kepada anak-anak APC berdasarkan Firman Allah S.W.T: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. Pembinaan sahsiah melalui contoh tauladan dari Sirah Rasulullah, serta Amalan Soleh menjadi aktiviti harian. Teras Akhlak merangkumi  JOM AMAL, JOM IMAN DAN JOM IBADAH . Aktiviti-aktiviti pembelajaran bakal mengisi rohani anak-anak APC, dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

 

 

 


Dan Demi Sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran.
-Surah al-Qamar:17-

 


Maksudnya : Bacalah olehmu Al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)
- Riwayat Imam Muslim -

 


Maksudnya : Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri ?
- Riwayat Ahmad & Abu Daud -

 


Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota.

 

 

 
No Internet Connection