Menuntut ilmu memang tiada penghujungnya, selagi hayat dikandung badan, begitulah tuntutan Agama Islam terhadap umatnya. Peluang berjumpa para syeikh dan ulama di Universiti Al Azhar Mesir itu menjadi pilihan destinasi Pengasas Teknik Al Baghdadi Ustaz Qr Hj Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin. Berbekalkan tenaga dan masa, Ustaz Jalaluddin mengambil keputusan untuk bersama syeikh dan ulama di sana bagi memantapkan Ilmu Pengetahuan khususnya berkaitan dengan Al Quran yang sedang diperjuangkannya melalui program-program unik anjuran Al Baghdadi. Ustaz Jalaluddin akan berada di Universiti Al Azhar Mesir selama 14 hari.
Arkib Berita 2017

- By Super User
- In Berita Oktober 2017