Al Baghdadi bakal menganjurkan Kursus Eksklusif Bagi Bakal Usahawan yang berminat menceburkan diri sebagai Pengusaha Institusi Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi pada bulan November ini.
Kursus yang diberi nama Kursus Eksklusif Teknik Al Baghdadi atau singkatannya 'KETA" merupakan program intensif yang menggabungkan Teknik Al Baghdadi dan juga Teknik Hafazan Neurofisiologi yang pada kebiasaannya program ini mengambil masa 2 hari bagi setiap teknik. Kini dijalankan selama 1 hari sahaja. Ia juga dapat menjimatkan kos yuran penyertaan sebanyak RM500. Bukan itu sahaja, jaminan wang yuran dikembalikan keoada peserta yang mengambil mana-mana lesen centre selepas menghadiri kursus itu nanti.