Al Baghdadi Buat Laporan Polis

Berikutan satu posting di Media Sosial FB yang mengaitkan Al Baghdadi dengan ISIS atau Abu Bakar Al Baghdadi, Cik Fara, Senior Manager, Kumpulan Al Baghdadi telah membuat satu Laporan Polis bagi menyatakan Al Baghdadi tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang di nyatakan.

Semalam telah viral penafian yang dibuat oleh salah seorang Adun Sarawak yang disiarkan oleh Sarawak Tribune <Klik Di Sini> yang sangat kesal dengan perbuatan netizen yang suka membuat kenyataan tanpa soalselidik. Namun netizen tersebut telah memadam posting berkenaan. Walaupun begitu, Al Baghdadi Group sebagai pemilik jenama Al Baghdadi di Malaysia, telah membuat laporan polis atas nasihat peguam.

Al Baghdadi merupakan satu Teknik Pembelajaran Al Quran yang efektif, terbukti Berkesan dan sistematik dalam membantu meningkatkan tahap Bacaan Al Quran di Malaysia.Al Baghdadi mula ditubuhkan pada tahun 2009 di Malaysia dan sehingga kini mempunyai hampir 2000 Cawangan di seluruh Malaysia.

 

 

 

 

 

Jom Al Baghdadi, Memang Seronok.

No Internet Connection