Staff Superb Al Baghdadi Akhiri Tahun 2018

Tahun 2018 telah menutup tirainya 2 minggu yang lalu. Kesempatan menyambut tahun baru 2019 diambil oleh 25 orang pasukan kakitangan Kumpulan Al Baghdadi dalam program Staff Superb yang diadakan di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor di Ampang Pechah Kuala Kubu Bharu.

Di antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, aktiviti berpasukan dan aktiviti lasak. Ianya sangat membantu membina jiwa yang kental dan minda yang superb dalam mendepani sedekad pergerakan pendidikan Al Quran melalui lebih 1800 pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi diseluruh Malaysia dan 6 negara lain. Dengan iltizam dan semangat yang baru , semua kakitangan Kumpulan Al Baghdadi akan memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan bagi membantu memantapkan rangkaian Al Baghdadi menjalankan dakwah menyebarkan ilmu Al Quran. Semoga Allah terus memberikan istiqamah dan petunjukNya.

superb2

 

superb3

 

superb4

 

superb5

 

No Internet Connection