Peserta terpukau "Bengkel Guru Memukau"

Bengkel sehari ini diadakan bagi memberi pendedahan ilmu Pengucapan Awam kepada guru-guru Al Quran Rangkaian Al Baghdadi seluruh negara

Keinginan untuk menjadi guru Al Quran yang berwibawa pasti menjadi impian setiap guru Al Quran. Ini sangat penting kerana wibawa seorang guru Al Quran mampu menarik minat anak murid untuk 'berguru' sehingga tamat pengajian. 

Usaha ini bukan sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan ilmu pengetahuan. Kelmarin Al Baghdadi HQ telah menganjurkan satu bengkel yang diberi nama Bengkel Guru Memukau ( tiada kaitan dengan ilmu pukau atau yang berunsur kebatinan)

Bengkel disampaikan oleh Tuan Faizul Ikhwan salah seorang motivator yang terkenal dengan program latihan Rahsia Ceramah Memukau.

"Alhamdulillah. Bersama Guru-guru Al-Baghdadi Serdang hadir ke Bengkel Guru Al-Quran memukau dianjurkan oleh HQ Al-Baghdadi.  Ilmu yang dapat tambah nilai yang sangat POWER untuk menjadikan kelas mengaji terutama dewasa lebih SUPERB.

Terima kasih Tuan Faizul Ikhwan dalam menyampaikan ilmu yang sangat² power.

Tahniah Al-Baghdadi atas anjuran program ni.Terima Mentor ustaz Saudara Anwar yang menjadi jambatan program ni."

Image

Ketua Pegawai Stategi Kumpulan Al Baghdadi, Azri jemani menyampaikan cenderahati kepada Tuan Mohd Faizul Ikhwan Erusan dan Mohd Shah Riza Basirun disaksikan oleh Ustaz Fakhu Anuar

Bukan Kali Pertama dan Terakhir

Bengkel seperti ini bukanlah buat kali pertama dan terakhir. Banyak lagi program yang telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan Rangkaian ,Al Baghdadi seperti Kursus SFK, CUKA, FAST OHSEM, Kursus JOM dan Kursus Perunding.

Program seperti ini hanya dibuka penyertaannya kepada rangkaian Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi sahaja dan tidak dibuka kepada orang awam.

Alhamdulillah dapat join bengkel ceramah memukau anjuran Hq Al Baghdadi khusus buat penguasaha dan guru-guru Al Baghdadi hari ini.

Hampir 150 yang telah hadir.Penceramah jemputan Tuan Faizul Ikhwan banyak yang ilmu yang dilongsikan.

Antaranya untuk membina engagement dan awareness dalam kelas.Memang awesome.Moga bekalan ilmu yang diperolehi moga dapat dipraktiskan.

Tahniah lagi sekali buat Hq Al Baghdadi dan semua yang dapat hadir.

Image

Ustaz Mohd Nazri Esa (Pengusaha ALC, NADI dan APC Negeri Sembilan) hadir bersama isteri dan anaknya. 

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7676371
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1237
6463
13167
3119653
128528
124185
7676371

Your IP: 34.224.102.60
2019-01-23 04:48
Notification
No Internet Connection