Liputan dari sebuah akhbar tempatan di negeri Sabah pada hari ini merupakan satu lagi inisiatif oleh pihak HQ dalam memastikan jenama Al Baghdadi terus mendapat tempat di hati masyarakat Islam di negeri di bawah bayu ini. Utusan Borneo Sabah dalam ulasannya mengenai menghafaz Al Quran di usia muda dan kaedah ketuk-ketuk tarik minat pelajar mengaji.
Baru-baru ini sebuah majlis hari anugerah dan mini konvo telah di anjurkan oleh APC Putatan dan telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Al Baghdadi iaitu Ustaz Mohammad Farhan Alias. Setiap tahun rangkaian APC di seluruh Malaysia akan mengadakan mini konvo bagi meraikan murid-murid 6 tahun yang akan memasuki tahun satu pada sesi persekolahan tahun 2019. Ibu bapa yang masih mencari pusat atau tadika boleh mula mendaftar di rangkaian Al Baghdadi Playtime Centre (APC) di seluruh negara secara dalam talian. Boleh layari www.jomapc.com bagi tujuan tersebut.
Ustaz Muhammad Farhan ketika ditemubual oleh wartawan Utusan Borneo (Sabah)
Keratan akhbar Utusan Borneo (Sabah )
Muka penuh liputan Utusan Borneo (Sabah)