Tahniah Pemenang Little Hafiz Talent!

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya memenangi acara yang dipertandingkan dalam Program Little Hafiz Talent. Seramai 55 orang peserta dari rangkaian APC seluruh negara telah menyertai pertandingan yang diadakan sejak pagi Ahad 6 November 2018. Perasmian program ini telah dilaksanakan oleh Tuan Fakhru Anuar Bin Zulkawi, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Puan Hajjah Fuziah Salleh.

Suasana penuh meriah dengan kunjungan para pelajar, ibu bapa dan guru-guru APC bagi menjayakan program yang julong-julong kali diadakan ini. Persaingan begitu sengit, dengan kepetahan dan kelancaran bercerita, diserikan dengan pelbagai 'props' yang cukup kreatif, serta kualiti hafazan yang begitu baik. Detik pengumuman pemenang suatu tempoh yang sangat dramatik. Akhirnya bintang-bintang pemenang dinobatkan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin. Tempat Pertama telah dinobatkan kepada adik Nurzahira Erisya Nadhira Bt Abdul Rahman dari APC Kota Samarahan. Tempat ke-dua jatuh kepada adik Muhammad Daniyal Zharif bin Khairul Jasmi dari APC Bangsar. Dan tempat ke-tiga jatuh kepada adik Aqif Zaumar bin Mohd Dhiyauddin dari APC Pantai Dalam. 

Jutaan penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berskala mega ini. Semoga segala kudrat dan usahasama yang telah diberikan mendapat ganjaran nyang terbaik daripada Allah SWT. InsyaAllah Al Baghdadi terus tekad dalam menstruktur platform terbaik kepada komuniti Al Baghdadi untuk melangkah maju.

lht 4

Juara Little Hafiz Talent 1.0. Adik Nurzahira Erisya Nadhira dari APC Kota Samarahan.

lht 5

Tempat Ke-dua. Adik Muhammad Daniyal dari APC Bangsar.

lht 3

Tempat Ke-tiga. Adik Aqif Zaumar dari APC Pantai Dalam

lht 2

Barisan Juri 

lht 1

Para pemenang dan penerima saguhati.

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7331839
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1974
6722
10997
2769747
91248
232577
7331839

Your IP: 54.144.82.216
2018-11-14 13:06
Notification
No Internet Connection