ACMS : Al Baghdadi cemerlang di dunia digital

Preview Al Baghdadi Centre Management System (ACMS) diteruskan bagi memperkenal dan membimbing para pentadbir centre Al Baghdadi untuk menggunakan sistem digital di centre masing-masing. Penggunaan sistem online ini sememangnya memudahkan pengurusan, mengurangkan kerja-kerja pemfailan, menjimatkan masa, tenaga dan kertas, serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Namun tidak dinafikan, kemahiran penggunaan sistem ini memerlukan latihan. Oleh itu, preview ACMS ini sangat penting bagi pengenalan peringkat asas. Terima kasih atas kehadiran para peserta, serta pengendali utama Preview ACMS, Cik Kalilah dari unit IT Al Baghdadi. Semoga ACMS dapat memberikan manfaat kepada pentadbiran centre Al Baghdadi.

No Internet Connection