Bengkel Pemantapan Guru APC

Seramai 198 orang peserta dari kalangan guru-guru dan pengusaha  APC dari seluruh negara telah hadir ke Bengkel Pemantapan Teknik Al Baghdadi yang disampaikan sendiri oleh pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Jalaluddin Hj Hassanuddin pada Sabtu lalu di Dewan Seminar Masjid Al Shariff Simpang 3 Gombak.

Teknik Al Baghdadi merupakan salah satu subjek wajib yang diajar di rangkaian Tadika APC di seluruh negara yang berjumlah 296 buah (www.jomapc.com) . Subjek Teknik Al Baghdadi dan Subjek Hafazan Al Quran dilaksanakan selama 2 jam setiap hari @ 50% dari masa pembelajaran .

Kenunikan Teknik Al Baghdadi ini dalam membantu kanak-kanak berupaya membaca Al Quran dengan baik tidak boleh dinafikan lagi. Sejak tahun 2009 ianya diperkenalkan , Teknik Al Baghdadi telah melahirkan ikon kanak-kanak yang boleh membaca Al Quran dengan baik dan mampu khatam Al Quran seawal usia 6 tahun. ( Klik untuk melihat Ikon )

Di dalam bengkel yang diadakan selama setengah hari ini, setiap peserta dititikberatkan dengan konsep dan prinsip pembelajaran Al Quran kontemporari iaitu menguasai Teknik SAS, penggunaan Alat ketuk dan alat bantu bejalar seperti Kad Imbasan dan 'Playtime' bagi membentuk 6 kemahiran asas membaca Al Quran disamping mampu menyebut 336 bunyi asas Al Quran dengan baik.

Prinsip dan Konsep ini disentuh secara lebih terperinci di dalam Kursus Perunding Teknik Al Baghdadi yang bakal diadakan di seluruh negara ( Klik Jadual di sini )

bengkelapc2

Peserta sedang mengetuk alat pembelajaran yang unik

 

bengkelapc3

Peserta sedang mendengar penerangan Rahsia Keunikan Teknik Al Baghdadi dari Ustaz Jalaluddin

 

bengkelapc1Ustaz Jalaluddin sedang menerangkan kehebatan Teknik Al Baghdadi

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7459441
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
744
7381
8125
2929655
35783
183258
7459441

Your IP: 35.172.201.102
2018-12-11 09:06
Notification
No Internet Connection