Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Al Baghdadi

Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Al Baghdadi (SKPA) terbaru telah diadakan di HQ Al Baghdadi pada Sabtu, 22 September 2018. Penceramah khas, Cik Farain telah memberi kupasan menyeluruh tentang semua program yang diperkenalkan oleh Al Baghdadi. Para peserta rata-rata memberikan fokus dan respon yang sangat baik dan berminat untuk membuka centre, menjadi sebahagian daripada komuniti Al Baghdadi. Lebih menarik lagi, SKPA kali ini menawarkan promosi harga yang sangat menarik bagi pembukaan centre bersama pakej-pakej produk keperluan centre. Semoga para peserta dapat manfaat sebaik mungkin dan terus sukses dalam perjuangan pendidikan Al Quran.

 

No Internet Connection