Pengusaha Bakal Terima Pekerja Terlatih

Seramai 24 orang pengusaha pusat pembelajaran AL Quran Al Baghdadi bakal menerima graduan yang terlatih  melalui program GREEN yang sebelum ini dikenali sebagai Skim Latihan Satu Malaysia (SLIM) di bawah pembiayaan KHAZANAH NASIONAL iaitu sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia. Seramai 35 orang siswazah yang telah terpilih mengikuti program GREEN akan menamatkan sesi latihan selama sebulan di salah sebuah resort di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada hari Ahad ini.

Selepas mereka diberi latihan secara intensif selama sebulan, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi  yang terpilih bagi menjalani latihan 'praktikal' selama 3 bulan sebagai guru dan juga pentadbir di pusat berkenaan yang secara puratanya memiliki pelajar seramai 200 orang.

Pelbagai latihan diberikan termasuk latihan yang diberikan oleh pihak Akademi Al Baghdadi untuk memahami dan menguasai Teknik Al Baghdadi dan Teknik Hafazan kerana mereka ini bakal menjadi guru dan pentadbir di pusat-pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi. Ini merupakan julung-julung kali program seperti ini diadakan bersama Kumpulan Al Baghdadi.

Graduan ini memiliki pelbagai latar belakang pendidikan  dan universiti namun mereka yang terpilih ini memang berminat menjadi 'Guru Al Quran' yang bakal membantu para pengusaha Al Baghdadi  sebagai rangkaian pusat mengaji terbesar di Malaysia buat masa ini. Usaha ini wajar diteruskan bagi membantu siswazah yang masih menganggur dan juga keperluan tenaga kerja di pusat-pusat pembelajaran Al Quran yang sentiasa meningkat.

green2

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7346877
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7405
5865
26035
2769747
106286
232577
7346877

Your IP: 54.82.93.116
2018-11-16 23:35
Notification
No Internet Connection