Coaching Tamhid Al Baghdadi (CINTA)

Mengajar Al Quran dengan teknik Al Baghdadi memerlukan kefahaman dan kemahiran yang menyeluruh. Justeru Akademi Al Baghdadi telah meneruskan siri program Coaching Tamhid Al Baghdadi (CINTA) di Dewan ALC Kempas Town. Program coaching ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai idea baharu dalam pengajaran Tamhid serta kefahaman yang lebih baik berkenaan buku tamhid. Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar Teknik Al Baghdadi telah menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

No Internet Connection