Permata Hati Ustaz Jalal Sambung Belajar ke Mesir

Muhammad Aqil bin Jalaluddin anakanda tercinta Ustaz Jalaluddin akan menyambung pelajaran beliau di Mesir bagi meneruskan usaha dalam menimba ilmu dalam bidang agama. Muhammad Aqil telah berjaya menjadi seorang hafiz, menghafal ayat-ayat Al Quran pada usia muda. Kini hasrat untuk meneruskan penerokaan ilmu Allah gagah diusahakan walaupun terpaksa berkorban meninggalkan keluarga dan tanah air.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim).Semoga segala usaha dan pengorbanan Muhammad Aqil serta keluarga akan diberkati Allah serta diberi kurniaan ganjaran yang terbaik. Ustaz Jalal sekeluarga telah mengadakan kenduri sempena keberangkatan Muhammad Aqil ke Mesir dan sempena kasyukuran atas kejayaan Muhammad Aqil khatam hafazan 30 Juzuk Al Quran.

 

m1
m2
m3
No Internet Connection