Kenyataan RASMI isu Video Tular

Telah menjadi tular kelmarin, sebuah video yang memaparkan aksi salah laku seorang guru ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di salah sebuah pusat Tadika Al Baghdadi Playtime Centre di Selatan Tanahair. Pihak Al Baghdadi telah mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan telah berjumpa dengan semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa, guru dan juga pengusaha berkenaan. Berikutan itu satu kenyataan rasmi seperti di bawah telah dikeluarkan oleh pihak Kumpulan AL Baghdadi melalui Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Al Baghdadi iaitu Ustaz Muhammad Farhan Alias. Berikut ialah kenyataan rasmi berkenaan.

 

 


KENYATAAN RASMI

KUMPULAN AL BAGHDADI

 

 

TULAR DI MEDIA SOSIAL BERKENAAN SALAH LAKU GURU SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DI AL BAGHDADI PLAYTIME CENTRE (APC) BANDAR PUTRA

 

KEDUDUKAN SEMASA ISU
Berikutan Video dan Gambar Yang Tular di Media Sosial berkenaan tindakan seorang guru yang mendenda pelajar berdiri di atas meja dan memukul sehingga menyebabkan pelajar tersebut terjatuh dari meja, serta aduan seorang ibu berkenaan anaknya mempunyai kesan lebam yang dipercayai dicubit dan kuku jari yang tercabut turut dipercayai berlaku semasa sesi persekolahan di APC Bandar Putra Kulai adalah berada dibawah SIASATAN PIHAK POLIS setelah laporan dibuat oleh Ibu Pelajar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. Lanjutan itu, pihak polis telah memanggil Pengusaha APC Bandar Putra Kulai bagi menjalankan siasatan lanjut.

 

LATAR BELAKANG KUMPULAN AL BAGHDADI
Kumpulan Al Baghdadi merupakan sebuah syarikat yang diterajui Al Baghdadi Group Sdn Bhd bagi menghasilkan program dan jenama Al Baghdadi khusus bagi program pendidikan Al Quran. Sehingga kini, Al Baghdadi telah menghasilkan 7 program Inovasi Pendidikan Al Quran bermula dari dalam kandungan (Al Baghdadi Prenatal Education Centre), peringkat bayi (Al Baghdadi Childcare Centre), peringkat kanak-kanak (Al Baghdadi Playtime Centre), peringkat sekolah rendah (SRI Nadi) serta peringkat asas Al Quran (Al Baghdadi Learning Centre), peringkat hafazan Al Quran (Nadi Al Baghdadi Centre) dan program bahasa Al Quran (Al Baghdadi Quranic Language Centre).

Kumpulan Al Baghdadi telah mendapat sokongan pihak JAKIM melalui surat sokongan yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan telah disahkan oleh KPDNKK sebagai sebuah syarikat yang tidak tertakluk kepada Akta Francais. Oleh itu, tiada sebarang royalti dikenakan terhadap yuran pelajar di semua Pusat Pembelajaran Al Baghdadi di seluruh negara. Lantaran itu, Al Baghdadi menawarkan kepada Usahawan berminat untuk membuka Pusat Pembelajaran Al Baghdadi menggunakan modul dan jenama Al Baghdadi. Pembangunan modul dan standard pembelajaran menjadi kunci utama Al Baghdadi dalam menentukan pembelajaran Al Quran menggunakan pendekatan Inovatif tercapai.
Baru-baru ini pada penghujung tahun 2017, jenama Al Baghdadi telah menerima pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO) sebagai Pemenang Emas kategori Cap Dagangan (Trademark) sempena Anugerah Harta Intelek Negara 2017 peringkat kebangsaan. Disamping itu juga, Al Baghdadi telah mencipta 9 rekod melalui The Malaysia Book of Records bagi kategori pendidikan Al Quran. Pembangunan jenama ini diteruskan dengan perkembangan ke luar negara melalui anak syarikat Al Baghdadi iaitu Neuro Nadi Global Sdn Bhd. Sehingga kini, 5 buah negara telah menerima baik kehadiran Al Baghdadi (Neuro Nadi) iaitu di Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan New Zealand.

Pembinaan jenama Al Baghdadi tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memartabatkan Guru Al Quran, Pusat Pembelajaran Al Quran, Pengusaha Pendidikan Al Quran dan sekaligus Industri Pendidikan Al Quran serta nama negara di mata dunia amnya sebagai sebuah negara Islam. Dengan lahirnya Al Baghdadi ini kita mula mengeksport jenama Pendidikan Al Quran Malaysia keluar negara. Al Baghdadi juga telah didaftarkan di MATRADE sebagai Pengeksport dan baru sahaja diterima sebagai peserta dibawah program Best Exporters anjuran TERAJU.

 

PERMOHONAN MAAF DAN SIMPATI
Kumpulan Al Baghdadi mewakili hampir 700 Pengusaha dan 1500 Guru MEMOHON MAAF di atas sikap dan ketelanjuran guru dalam mengendalikan pelajar di APC Bandar Putra Kulai samada dengan cara sengaja atau tidak sengaja telah melakukan suatu perbuatan yang dianggap sebagai telah melanggar etika guru dalam mengendalikan pelajar apatah lagi anak yang berusia di awal kanak-kanak yang masih mentah dan sedang belajar mengenal dunia.

Ibu pelajar ini telah membuat laporan polis bagi menyiasat perkara ini dan kami mendoakan agar ianya menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat ibu pelajar mahupun pengusaha juga guru yang terlibat dalam kes ini. Kami juga sebagai ibubapa merasa SIMPATI kepada pelajar yang telah melalui suatu proses pembelajaran yang kurang baik oleh guru tersebut. Kami mendoakan agar Allah swt memberikan Pengusaha dan Guru yang terus komited kepada perjuangan melahirkan Generasi Genius Al Quran seawal usia.

 

HARAPAN KUMPULAN AL BAGHDADI
Kami menghormati rasa tersinggung yang dilahirkan netizen melalui media sosial yang telah berkongsi video dan gambar samada di timeline mahupun di group dan juga melalui aplikasi whatsapp dan telegram. Ianya membuktikan bahawa kita juga mempunyai rasa kemanusiaan yang tinggi dan sifat belas kasihan serta empati kepada pelajar.

Oleh itu, dengan kerjasama baik dari ibu pelajar ini yang kini sedang hamil 8 bulan serta bapanya yang bekerja di luar pesisir (off-shore) kami amat berharap agar tular atau viral ini dihentikan bagi memberikan ruang kepada ibu untuk terus bertenang dan membuat pilihan terbaik untuk anaknya serta pihak polis yang sedang menjalankan siasatan. Kami di Al Baghdadi sendiri pasti tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran etika pengajaran dan pembelajaran apatah lagi ianya melibatkan pendidikan Al Quran dan demi masa depan Malaysia yang gemilang.

Dengan penuh rendah diri dan takzim,

 

MUHAMMAD FARHAN HAJI ALIAS
Ketua Pegawai Operasi
Kumpulan Al Baghdadi Malaysia
No. Telefon :- 019.2345.747

7 Mei 2018
Prima Sri Gombak, Selangor

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7346923
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7451
5865
26081
2769747
106332
232577
7346923

Your IP: 54.82.93.116
2018-11-16 23:46
Notification
No Internet Connection