Taklimat Daurah Al Quran Madinah

Seramai 300 bakal peserta Daurah Al Quran Madinah telah memberi nama untuk mengikuti program yang akan diadakan pada awal Oktober depan. Ini merupakan sambutan diluar dugaan pihak Al Baghdadi kerana sasaran awal jumlah penyertaan hanyalah sekitar 40 orang sahaja. Namun begitu, bagi mereka yang masih belum memberikan nama atau masih ingin menyertai program ini, satu sesi taklimat akan diadakan pada hari ini (Jumaat) bermula jam 11 pagi di Dewan Akademi Al Baghdadi HQ Gombak di Prima Sri Gombak.

No Internet Connection