Pengasas Teknik Al Baghdadi di HIKe UKM

Hari ini Rabu 28 Mac 2018, Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) telah menganjurkan Hari Inovasi & Keusahawanan (HIKe) 2018 yang bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. HIKe2018 merangkumi beberapa slot yang menarik seperti Bicara CEO; Bicara Pengkomersialan & Keusahawanan dari MTDC; Bengkel Asas Kesedaran Harta Intelek (IP); Pameran Inovasi; dan Pemeriksaan Percuma Kesihatan. Majlis turut diselingkan dengan persembahan kumpulan muzik UKM bagi memeriahkan program HIKe2018. Salah seorang tokoh yang dijemput untuk mengisi slot 'Bicara CEO' ialah Pengasas Teknik Al Baghdadi iaitu Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin.

WhatsApp Image 2018 03 28 at 9.48.48 AM

Al Baghdadi turut membuka booth bagi mempamerkan serta menjual produk kepada pengunjung serta peserta Hike 2018

No Internet Connection