Penyerahan 50 Set Tamhid Al Baghdadi Versi Braille

Yayasan Al Baghdadi  telah menyerahkan sebanyak 50 Set Tamhid Al Baghdadi Versi Braille kepada Pusat Komuniti OKU, Masjid Bandaraya semalam . Penyerahan ini disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Farhan Haji Alias, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Al Baghdadi merangkap Pengarah Yayasan Al Baghdadi kepada Datuk Hj Ab Jamal bin Tun (Dr) Hj Sakaran bersempena Program Kami Cinta Rasulullah SAW, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Penyerahan disaksikan oleh YBhg Tuan Haji Mat Razi bin Haji Mat Ali, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Tuan Haji Ahmad Sabari, Mudir Madrasah Al Mubarak disaksikan lebih 500 tetamu di perkarangan Masjid Bandaraya . Satu Program Bengkel Intensif Braille akan diadakan selepas ini dengan kerjasama Pusat Komuniti OKU, Masjid Bandaraya. Penghasilan Tamhid Al Baghdadi Versi Braille ini adalah hasil sumbangan Dermawan melalui Yayasan Al Baghdadi.Program Tamhid Braille ini adalah inisiatif Yayasan Al Baghdadi bagi menyantuni kelompok Orang Kehilangan Upaya (Buta) mendapatkan Pendidikan Asas Al Quran secara PERCUMA.

ufbraille1

 

ufbraille2

 

ufbraille3

No Internet Connection