Ziarah Mahabbah Ke MAIDAM

Siri Jelajah Ziarah Mahabbah Yayasan Al Baghdadi ke  ke Majlis Agama Islam & Adat Melayu Negeri Terengganu (MAIDAM) berjalan lancar. Rombongan dari Yayasan Al Baghdadi diketuai oleh Ketua Pegawai Operasinya Ustaz Muhammad Farhan Alias dan juga Ketua Pegawai Maklumat Ustaz Md Hakim Taman, Pengurus Akademi AL Baghdadi En Razif  serta diiringi oleh Tuan Hj Faliq Fauzi ,Pengarah Al Baghdadi Terengganu.

Pihak MAIDAM pula dihadiri oleh Tuan Haji M. Rozi bin Bidin(Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif), En. Mahari bin Abdul Rahman (Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) dan En Zul Izhar bin Mohd Zulkifli (Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan). Sesi perjumpaan lebih 1 jam itu membincangkan kerjasama Yayasan Al Baghdadi (YAB) dan MAIDAM bagi menjayakan program pembangunan Pendidikan Guru Al Quran di kalangan Saudara Baru dan Orang Asli di Negeri Terengganu.Sebelum ini Yayasan Al Baghdadi telah megadakan ziarah Mahabbah ke Pejabat Dato Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu pada tahun lalu.

maidam2

 

maidam

maidam1

 

No Internet Connection