Pengurus Yayasan Al Baghdadi Tunaikan Umrah

Beliau merupakan salah seorang kakitangan senior di Al Baghdadi yang telah berkhidmat hampir 7 tahun. Ustaz Mohamad Azhar atau lebih dikenali dengan panggilan JAA telah mendapat hadiah Pakej mengerjakan ibadah UMRAH dari pihak Kumpulan Al Baghdadi dalam satu majlis Hari Keluarga Al Baghdadi pada bulan Disember lalu di Gambang Water Park, Gambang Pahang.  Beliau baru sahaja dilantik sebagai Pengurus Yayasan Al Baghdadi yang baru menggantikan pengurus sebelum ini yang telah menamatkan perkhidmatan bagi membuka Al Baghdadi Playtime Centre di Taiping, Perak. Seramai 4 orang kakitangan Al Baghdadi telah dianugerahkan hadiah Pakej Menunaikan Ibadah Umrah ini. Selamat menunaikan ibadah umrah kali pertama ini.

No Internet Connection