Web Al Baghdadi Group Ungguli Carian Al Baghdadi

Laman Web Al Baghdadi Group yang telah dinaiktaraf dari laman asal Al Baghdadi iaitu albaghdadi.com.my , kini berusia hampir sedekad. Melalui carian internet menggunakan enjin pencari terkemuka iaitu google.com pada hari ini, laman web Al Baghdadi Group terletak di tangga pertama dengan kata kekunci Al Baghdadi dan  Teknik Al Baghdadi . Ini sangat penting bagi Al Baghdadi yang pernah satu ketika dahulu pernah ada pihak cuba mengaitkan Teknik Al Baghdadi dengan pergerakan terroris antarabangsa. Padahal tiada kaitan langsung dengan aktiviti tidak sihat itu. Nama gelaran Al Baghdadi mengambil sempena kaedah Baghdadiah @ Muqaddam yang menjadi modul utama pembelajaran Al Quran sejak tahun 60-an.

Selain itu juga Teknik Al Baghdadi yang merupakan satu teknik dan pendekatan yang unik dalam mempelajari asas Al Quran diberi nama Al Baghdadi kerana penyusun dan pengaas Teknik ini iaitu Ustaz Qr Hj Jalaluddin bin Hj Hassanuddin merupakan graduan ijazah Sarjanamuda Pengajian Bahasa Arab dan Al Quran dari Universiti Saddam di Baghdad, Iraq. Telah menjadi budaya di Malaysia pada saat ini gelaran banyak digunakan oleh para ilmuan dan ulama seperti gelaran Al Misri(Mesir), Al Yamani (Yaman), As Syubrawi (Syubra ,Mesir), Al Madani (Medinah) .

Laman web ini menjadi saluran utama Al Baghdadi kepada mayarakat bagi mendapatkan info dan juga peluang-peluang yang disediakan oleh Al Baghdadi Group Sdn. Bhd. Namun begitu terdapat banyak lagi laman web yang berkaitan dengan syarikat kumpulan al baghdadi seperti laman web Yayasan Al Baghdadi di  www.yayasanalbaghdadi.org  ,Laman Web Akademi Al Baghdadi di  www.akademialbaghdadi.my , Portal Pendidikan Al Baghdadi www.jomalbaghdadi.edu.my , Laman Web Komuniti Greenpages di  www.greenpages4u.net dan  Laman Web Rangkaian Al Baghdadi luar negara di www.neuronadi.com 

 

web1

carian al baghdadi

web2

carian teknik al baghdadi

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

7331922
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2057
6722
11080
2769747
91331
232577
7331922

Your IP: 54.144.82.216
2018-11-14 13:32
Notification
No Internet Connection