Tips Mengendalikan Kelas Kanak-Kanak

Seramai 23 orang pesserta yang terdiri daripada pengusaha dan guru-guru yang mengendalikan kelas Al Quran peringkat kanak-kanak seperti di Prasekolah APC, Kelas Al Quran harian ALC dan Pusat Tahfiz Harian NAC telah menghadiri Bengkel Guru Ikon. Mengendalikan kelas Al Quran kanak-kanak memerlukan seseorang guru menguasai pelbagai ilmu seperti Ilmu Psikologi kanak-kanak, Ilmu Pedagogi dan Metodologi yang berkasa serta mempunyai sifat sabar dan mesra.

Bengkel setengah hari ini telah dikendalikan Oleh cikgu Asiah yang juga merupakan guru berpengalaman mengendalikan kelas Al Quran kanak-kanak diperingkat prasekolah. Beliau juga merupakan guru Ikon 3 tahun berturut-turut yang telah berjaya membimbing kanak-kanak APC mengkhatamkan Al Quran sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki ke sekolah kebangsaan.

No Internet Connection