Kuliah SAPQ Bermula Hari Ini

Kuliah Pengajian program Persijilan Asas Guru Al Quran yang dianjurkan oleh Akademi Al Baghdadi telah bermula pada hari ini. Kuliah akan diadakan secara dwi bulanan pada hujung minggu(Sabtu sahaja) bagi memberi peluang orang ramai mempelajari ilmu-ilmu berkaitan Al Quran seperti Asas Tarannum, Asas Qiraat, Tajwid, Ulum Al Quran ,Bahasa Arab, Rasm Uthmani dan Pedogogi &Metodologi Pengajaran Al Quran. Seramai kira-kira 50 orang telah mengikuti program kali ini. Untuk memperolehi Info Akademi sila layari www.akademialbaghdadi.my

No Internet Connection