Al Baghdadi Tubuh Unit Aduan Pelanggan

Tahun 2018 kali ini, Kumpulan Al Baghdadi telah mula mengaktifkan Unit Aduan Pelanggan bagi menyelesaikan sebarang aduan pelanggan berkaitan perkhidmatan,produk mahupun latihan yang telah disediakan oleh anak-anak syarikat Kumpulan Al Baghdadi iaitu Al Baghdadi Method, Akademi Al Baghdadi dan juga Yayasan Al Baghdadi. Sehingga hari ini, beberapa kes aduan telah dapat diselesaikan dengan baik samada melibatkan pusat-pusat Rangkaian Al Baghdadi mahupun ibu pejabat sendiri.  Kumpulan Al Baghdadi sentiasa beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negara ini dalam bidang pendidikan Al Quran. Sebarang aduan boleh terus menghubungi no talian ibu pejabat Al Baghdadi 03-61870187.

No Internet Connection