Kursus Sistem ACMS Dapat Membantu Pengusaha

Baru-baru ini diadakan satu kursus pengendalian sistem ACMS iaitu Sistem Maklumat Online Pelajar yang bakal digunakan di semua pusat-pusat Rangkaian Al Baghdadi di seluruh negara. Pelaksanaannya buat masa ini masih dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman dan latihan kepada pengusaha dan kumpulan sokongan. Di antara keistimewaan sistem ini ialah, pendaftaran pelajar boleh dibuat secara terus 'online' melalui laman web www.jomalbaghdadi.edu.my. Selaian pendaftaran pelajar, sistem ini juga menyediakan notis kutipan bil yuran, kehadiran dan peperiksaan. Ibu bapa juga boleh mengakses laporan pelajaran anak-anak secara terus sedikit masa lagi.

No Internet Connection