Seramai 24 orang pengusaha pusat pembelajaran AL Quran Al Baghdadi (ALC) bakal menerima graduan yang terlatih  melalui program GREEN yang sebelum ini dikenali sebagai Skim Latihan Satu Malaysia (SLIM) di bawah pembiayaan KHAZANAH NASIONAL iaitu sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia. Seramai 35 orang siswazah yang telah terpilih mengikuti program GREEN akan menamatkan sesi latihan selama sebulan di salah sebuah resort di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada hari Ahad ini.

Selepas mereka diberi latihan secara intensif selama sebulan, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi bagi menjalani latihan 'praktikal' selama 3 bulan sebagai guru dan juga pentadbir di pusat berkenaan yang secara puratanya memiliki pelajar seramai 200 orang.

Pelbagai latihan diberikan termasuk latihan yang diberikan oleh pihak Akademi Al Baghdadi untuk memahami dan menguasai Teknik Al Baghdadi dan Teknik Hafazan kerana mereka ini bakal menjadi guru dan pentadbir di pusat-pusat pembelajaran Al Quran Al Baghdadi. Ini merupakan julung-julung kali program seperti ini diadakan bersama Kumpulan Al Baghdadi.

Graduan ini memiliki pelbagai latar belakang pendidikan  dan universiti namun mereka yang terpilih ini memang berminat menjadi 'Guru Al Quran' yang bakal membantu para pengusaha Al Baghdadi  sebagai rangkaian pusat mengaji terbesar di Malaysia buat masa ini. Usaha ini wajar diteruskan bagi membantu siswazah yang masih menganggur dan juga keperluan tenaga kerja di pusat-pusat pembelajaran Al Quran yang sentiasa meningkat.

green2

10, 11 dan 12 Ogos lalu team Roadshow Al Baghdadi telah menjelajah ke beberapa negeri untuk melawat sambil mempromosikan tawaran istimewa pembukaan centre ACC dan APC kepada masyarakat tempatan. Selama 3 hari tersebut team Roadshow AL Baghdadi telah berkunjung ke APC Meru, Perak, APC Laguna Merbok, Sungai Petani dan APC Jawi, Pulau Pinang. Peserta-peserta roadshow diberikan pendedahan menyeluruh mengenai ACC dan APC dan rata-rata semua peserta sangat berminat dengan perkongsian yang telah disampaikan. 

WhatsApp Image 2018 08 10 at 8.55.55 PM

WhatsApp Image 2018 08 10 at 8.55.57 PM

WhatsApp Image 2018 08 11 at 4.43.22 PM 1

Sesi perkongsian dan pendedahan program ACC dan APC.

SERTAI ROADSHOW AL BAGHDADI JOM BERSAMA TASKA & PRASEKOLAH AL QURAN AL BAGHDADI
 
Kenali dan fahami Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Modul dan kurikulum pembelajaran yang diterapkan di Taska & Prasekolah Al Baghdadi menumpukan kepada 50% Pembelajaran Al Quran.
 
Rebut Peluang utk menjadi sebahagian USAHAWAN BERJAYA dengan memiliki Taska & Prasekolah Al Baghdadi Anda sendiri.
 
Daftar dan Sertai ROADSHOW AL BAGHDADI JOM BERSAMA TASKA & PRASEKOLAH AL QURAN AL BAGHDADI di lokasi-lokasi berhampiran anda. 
sepanjang julai - ogos 2018 ini. 
 
HUBUNGI KAMI SEGERA untuk maklumat lanjut dan pendaftaran melalui telefon di 03-61870187 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Whatsapp kpd urusetia ROADSHOW
FARA wasap.my/0132635960/JOMROADSHOW
AMIN wasap.my/0136456854/JOMROADSHOW
 
UNTUK YURAN ADALAH RM100
(Yuran ini akan menjadi sebahagian daripada pembayaran lesen, sekiranya anda berminat utk membuka centre Al Baghdadi)
 
SILA DAFTAR SEKARANG MENGIKUT TARIKH LOKASI ANDA.
 
SILA DAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI MELALUI URUSETIA ROADSHOW KAM

Kejar team Roadshow Al Baghdadi di seluruh Malaysia. Nantikan info terbaru mengenai roadshow Al Baghdadi dan rebut pelbagai promosi menarik bagi pengunjung Roadshow yang bertuah. Pada 29 Julai lalu team Roadshow Al Baghdadi telah berkunjung ke Al Baghdadi Playtime Centre Kampung Padang, Kuantan bagi mempamerkan program Al Baghdadi kepada pengunjung. 

roadshow b

Ustaz Azri memberi perkongsian menarik tentang program Al Baghdadi dan pembukaan centre.

Tahniah buat para peserta CINTA terbaru atas kejayaan untuk hadir ke sesi choaching kali ini. Semoga ilmu dan perkongsian daripada pengendali, Ustaz Fakhu Anuar memberi pelbagai manfaat kepada peserta dalam mendalami penguasaan method membaca Al Quran dengan kaedah Al Baghdadi.

cinta a

Ustaz Fakhu Anuar selaku pengendali utama CINTA kali ini.

cinta b

cinta c

cinta d

cinta f

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

6650536
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5222
8797
23273
2062501
140889
254296
6650536

Your IP: 54.80.208.105
2018-08-15 12:46
ACMS Mudahkan Urusan Anda

1280langganacmsSila Klik Gambar Untuk Keterangan Lanjut