Kembara Qurban Bangladesh

Firman Allah SWT :

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku sesugguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu. Ia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar." (Surah Al-Saffat 37 : 102 - 107)

Alhamdulillah, Komuniti We Love Qurban telah berjaya menjayakan misi ibadah Qurban tahun ini bagi menyahut seruan Allah SWT, dan merealisasikan hasrat individu-individu yang menunaikan Qurban masing-masing. Bertempat di bumi bertuah Dhaka, Bangladesh, seramai 8 orang wakil We Love Qurban telah terbang dari Malaysia dan berkampung di komuniti Islam di sana, bermula 22 Ogos sehingga 25 Ogos yang lalu. 

Ibadah Qurban tahun ini berjaya mengumpulkan sebanyak 402 ekor lembu dan 140 ekor kambing, yang telah disempurnakan melalui ibadah Qurban bersama para penduduk Islam di Dhaka. Wakil jemputan khas, iaitu Cheff Zam telah memberi khidmat beliau untuk memasak daging-daging sembelihan yang kemudiannya diagihkan kepada para penduduk tempatan.

Kedatangan Komuniti We Love Qurban mendapat sambutan yang sangat baik dan kerjasama ratusan penduduk kawasan setempat ketika menjayakan ibadah Qurban sangat-sangat memberangsangkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Allah meredhai ibadah Qurban yang telah dijalankan. InsyaAllah.

wlq

 

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 8.30 pg - 5.30 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

6925714
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5068
5246
19101
2372717
131819
284248
6925714

Your IP: 54.198.205.153
2018-09-20 23:16
Jom Hadir Program Minggu Ini di HQ Gombak

programhujungminggu

Hubungi Hotline Akademi Al Baghdadi  013 2525670