Sultan Brunei Kunjungi Booth Neuro Nadi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM juga berkenan mengadakan lawatan ke Pameran Program Keagamaan Belia di bawah KHEU yang ditubuhkan bertujuan mengumpulkan para belia khususnya kumpulan-kumpulan belia untuk bernaung di bawah entiti kementerian berkenaan, membimbing para golongan belia dalam mengendalikan program keagamaan, memantau pergerakan kumpulan-kumpulan belia serta melahirkan belia yang lebih kreatif dalam aktiviti keagamaan. Pameran terdiri daripada kumpulan-kumpulan belia yang berdaftar di bawah KHEU bagi Tahun 2017 - 2018, berumur dalam lingkugan 15 hingga 40 tahun. Salah satu daripada pameran ialah Booth Neuro Nadi iaitu Teknik Pembelajaran Al Quran dan Hafazan yang sangat unik dan terbukti berkesan.

Sebanyak 16 petak pameran yang disertai oleh persatuan-persatuan belia dari empat daerah menampilkan pelbagai aktiviti menyerikan lagi majlis berkenaan.Pameran tersebut diadakan untuk mengetengahkan kumpulan-kumpulan belia dan memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan belia-belia di seluruh negara khususnya dalam keagamaan dan sebagai pendoron g kepada para belia agar lebih bergiat aktif khususnya dalam aktiviti keagamaan serta mendidik belia agar benar-benar berpegang pada ajaran-ajaran Islam. ( sumber berita dari Pelita Brunei )

 boothbrunei3

Lihat Galeri Foto Untuk Lebih Banyak Gambar

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

6160116
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1518
6862
1518
1608652
128111
269754
6160116

Your IP: 54.196.42.146
2018-06-18 08:11