Neuro Nadi New Zealand Latih Guru Al Quran Baru

Pada 27-28 Januari 2018 merupakan detik bersejarah apabila buat kali pertama Neuro Nadi New Zealand berjaya melatih dan melahirkan guru-guru Teknik Neuro Nadi . Ianya adalah usaha team Neuro Nadi International New Zealand yang diterajui oleh Dr. Norasieh Binti Md Amin sejak awal Januari 2017 tahun lalu.Beliau juga merupakan Master Neuro Nadi New Zealand. Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan permintaaan kelas-kelas yg semakin bertambah.

Program ini dikendalikan oleh Habib Ali (duduk kiri sekali) yang merupakan warga Malaysia yang telah lama menetap di sana.Sehingga kini terdapat 3 buah centre Neuro Nadi di New Zealand yang telah beroperasi dan menjalankan kelas-kelas Al Quran. Neuro Nadi International New Zealand terletak di alamat Mt Albert (Room 2031-170,Unitec Institute Of Technology,Mt Albert,Auckland. Sebarang maklumat lanjut berhubung Neuro Nadi di New Zealand boleh hubungi di talian +64210787685

No Internet Connection