Kursus Neuro Nadi Di Medan, Mendapat Sambutan

Medan yang terletak di Sumatera Utara berkepadatan hampir 14 juta orang, kini boleh mempelajari Al Quran dengan Teknik yang sangat unik iaitu 'Teknik Neuro Nadi' atau lebih dikenali sebagai Teknik Al Baghdadi (di Malaysia). Satu Program Kursus Neuro Nadi telah diadakan pada 27/1/2018 bagi memperkenalkan teknik ini kepada masyarakat Islam di sini. Kursus telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Khairul Ariffin yang juga merupakan pengusaha ALC Taman Permata dan juga Pengendali Kursus Perunding Teknik.

Pelatihan Neuro Nadi Tamhid ini merupakan pelatihan  pertama di Medan City dan telah dihadiri seramai 25 orang peserta yg datang dari Acheh,Pekan Baru dan sekitar Medan. Dua hari sebelum itu, seorang artis Indonesia yang juga merupakan Pengasas Teknik Neuro Nadi Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi telah mengviralkan videonya mengajak masyarakat di Medan supaya dapat mempelajari teknik ini, kerana teknik ini bukan sekadar dapat membantu seseorang membaca Al Quran bahkan dapat mengaktifkan keupaya kedua-dua belah otak kiri dan kanan seseorang.

No Internet Connection