SRI NADI Al Baghdadi

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi (SRI NADI) ialah Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun

Pengenalan

sri nadi taman rimba 2

SRI NADI Al Baghdadi

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi (SRI NADI) ialah Sekolah Rendah Tahfiz Al Quran bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang mengutamakan pemupukan suasana Islam bagi meningkatkan kualiti dan keperibadian pelajar muslim. Program ini telah
mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai The First Quranic Tahfiz Module pada tahun 2016.

Sejarah SRI NADI Al Baghdadi

Diperkenalkan pada tahun 2016, kurikulum SRI NADI disusun bagi memastikan mengembangkan potensi keupayaan minda dalam membentuk kecemerlangan intelektual, kecerdasan emosi, kejituan aqidah, keutuhan sahsiah dan kepemimpinan dalam diri pelajar. Dengan separuh daripada proses pembelajaran berfokuskan kepada Kurikulum Hafazan, penghasilan kaedah Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi yang berasaskan konsep Neurofisiologi digunakan bagi membentuk Kemahiran Belajar Aras Tinggi dan meransang fungsi keupayaan otak kiri dan otak kanan dalam proses hafazan.

Kurikulum SRI NADI Al Baghdadi

SRI NADI atau lebih dikenali sebagai SRI Tahfiz Nadi ditubuhkan berasaskan Kurikulum Standard SRI Tahfiz Nadi (KSSN) yang terdiri daripada 4 teras kurikulum iaitu Kurikulum Standard Hafazan (KSH) merangkumi 50% daripada pembelajaran menggunakan Program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi. Kemudian, teras yang kedua, Kurikulum Standard Linguistik (KSL) yang melibatkan modul Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab hasil kerjasama dengan pihak luar. Seterusnya Kurikulum Standard Akademik (KSA) dirangka berpandukan subjek-subjek akademik yang wajib bagi peperiksaan umum di Malaysia dan Kurikulum Standard Dini (KSD) yang terdiri daripada subjek KAFA dan melibatkan kerjasama dengan pihak JAKIM dan JAIN.

The Malaysia Book of Records

Program ini telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia pada Februari 2013 dan telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara melalui Teknik Al Baghdadi.

Berminat memiliki SRI NADI Al Baghdadi?

TEKAN BUTANG DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami