SATU AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN PADA MALAM BULAN RAMADHAN

Tahukah anda tentang Solat Sunat Witir dan kebaikannya ? bilakah waktu untuk melakukan Solat Sunat Witir? bagaimana cara melakukan Solat Sunat Witir? Di sini saya akan kongsikan jawapan pada soalan-soalan di atas.

Maksud Solat Sunat Witir dan bilakah waktu yang sesuai untuk mengerjakannya

Witir bermaksud ganjil di mana rakaatnya bukan nombor genap dan ia dikenali sebagai solat penutup manakala hukumnya adalah Sunat Muakkad. Solat Sunat Witir boleh dilakukan selepas solat isyak atau selepas terawih sehingga terbit fajar seperti hadis di bawah:

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa yang bimbang tidak dapat bangun di akhir malam, hendaklah dia bersolat Witir pada awalnya. Dan sesiapa yang hendak bangun pada akhir malam, bersolatlah pada akhir malam. Kerana solat di akhir malam disaksikan ( oleh malaikat). Dan ia lebih baik.” – Hadis Riwayat Muslim

Kelebihan solat Witir

  1. Disukai oleh Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.”

2. Amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah

3. Mendekatkan diri dengan Allah

4. Solat penutup bagi menyempurnakan segala amalan harian.

Cara-cara menunaikan Solat Sunat Witir

  • Satu rakaat – 1 kali rakaat sahaja.
  • Tiga rakaat – 1 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Lima rakaat – 2 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Tujuh rakaat – 3 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Sembilan rakaat – 4 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.

Niat solat sunat witir 2 rakaat:

“sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta’ala

Pada Dua Rakaat Pertama

  1. Niat sembahyang witir dua rakaat.
  2. Baca al-Fatihah dan mana-mana surah (rakaat pertama)
  3. Baca al-Fatihah dan mana-mana surah (rakaat kedua).
  4. Selesai untuk dua rakaat.

Satu Rakaat Terakhir:

  1. Niat sembahyang witir satu rakaat.
  2. Baca al-Fatihah dan baca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
  3. Selesai untuk satu rakaat.

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan memanfaatkan bulan Ramadhan dengan mula melakukakan amalan-amalan seperti Solat Sunat Witir. Jadi, mari la sama-sama kita mengamalkan agar hidup kita lebih diberkati.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: