REBUT GANJARAN PAHALA SEPERTI PUASA SEPANJANG TAHUN?

Apakah itu, ganjaran pahala seperti puasa sepanjang tahun? Amalan sunat ini hanya boleh dilakukan pada bulan Syawal iaitu “Puasa 6 hari di bulan Syawal”.

Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(HR Muslim)

Di sini saya akan kongsikan cara melakukan puasa 6 serta niat dan kebaikannya.

CARA MELAKUKAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

2. Puasa 6 boleh dilakukan secara berturut atau berasingan asalkan bilangan hari cukup namun lebih baik dilakukan secara berturut-turut bermula 2 Syawal kerana jika dilewatkan boleh menimbulkan perasaan malas.

3. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS. Namun begitu, menurut mazhab Syafie, ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.

4. NIAT PUASA 6

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)

Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”

KEBAIKAN BERPUASA 6 DI BULAN SYAWAL

  • Pelengkap amalan fardhu.
  • Menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T:
  • Diganjari syurga.

Akhir kata, mari la sama-sama kita lakukan puasa 6 di bulan Syawal ini sebelum Syawal berlalu pergi dan semoga kita dikurniakan ganjaran daripada segala amalan yang dilkukan.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: