PERISTIWA PENTING DALAM RAMADHAN

Sebelum ini, kita telah mengetahui berkenaan keistimewaan bulan Ramadhan jadi untuk kali ni saya akan berkongsi tentang peristiwa-peristiwa penting di bulan Ramadhan.

1. Bulan turunnya Al-Quran

Antara peristiwa yang amat penting adalah penurunan Al Quran kepada Nabi Muhammad pada 17 Ramadhan di mana baginda Rasulullah telah menerima wahyu pertamanya ketika berusia 40 tahun di Gua Hira oleh Malaikat Jibril.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )

2. Perang Badar

Perang Badar adalan perang pertama umat Islam menentang musyrikin Mekah pada tahun 2 Ramadhan 2 Hijrah dengan tentera sebanyak 313 orang sahaja menentang 1000 orang. Namun demikian, tentera Islam berjaya memenangi perang tersebut walaupun dalam keadaan berpuasa dan kurang jumlahnya di mana 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 123:

Maksudnya: “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 )

3. Pembukaan Kota Mekah (Fathul Mekah)

Peristiwa ini berlaku apabila terdapat golongan yang melanggar perjanjian Hudaibiyah di mana Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Makkah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Setelah itu, Nabi Muhammad yang mendengar berita tersebut mengerahkan ribuan umat Islam bagi mengepung dan memasuki Kota Mekah. Tanpa peperangan yang besar, Baginda dan umat Islam berjaya menakluk Kota Mekah dan menghancurkan berhala di sekitar Ka’bah yang berjumlah 360. Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan pada tahun ke 6 Hijrah.

Allah SWT menyebut dalam al-Quran, dalam Surah An-Nasr, ayat 1:

Maksudnya: “Apabila telah datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan.” (QS. An-Nasr : 1 )

Berikut adalah 3 peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan di zaman Nabi Muhammad S.A.W, pengajaran yang boleh diperoleh daripada kisah-kisah tersebut adalah supaya tidak berharap kepada Allah S.W.T kerana Allah sentiasa bersama kita dan akan selalu menjaga hamba-Nya. Selain itu, kita juga tidak boleh menggunakan alasan berpuasa untuk bermalas-malas sama ada ketika berkerja atau beribadah.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: