Kenapa Kita Perlu Tidur Yang Mencukupi?

Kebiasaannya, ramai sebenarnya tidak mengambil berat tentang waktu tidur yang teratur. Namun sedar atau tidak, sebenarnya tidur yang tidak cukup boleh memudaratkan kesihatan dan ia juga boleh menyebabkan kematian apabila tidak mendapat rehat yang cukup.

 

1. Meningkatkan Sistem Imun

Tidur yang mencukupi badan akan berfungsi dengan lebih baik dan sihat. Apabila kita mempunyai masalah tidur yang tidak mencukupi, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Kita juga, akan mudah mendapat pelbagai penyakit.

2. Mempunyai Mood Yang Baik

 Apabila kita berasa mengantuk dan keletihan, kita akan lebih cenderung kearah mood yang tidak baik. Antara sepertinya, cepat marah, kurang focus, kurang sabar dan emosi. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan seharian kita menjadi tidak seronok.  

3. Menjaga Kesihatan Jantung

Terdapat beberapa bukti kajian, bahawa tidak dapat tidur yang mencukupi akan membawa kesan negatif pada jantung kita. Gangguan tidur yang tidak betul didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon ke arah kemurungan dan degupan jantung menjadi laju. Ia akan meningkatkan risiko penyakit jantung. 

4. Mengawal Metabolisme Dan Berat Badan

Berjaga waktu malam pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan berat badan mudah naik walaupun kita tidak mengambil kalori pada waktu itu. Ia juga, akan menjejaskan badan kita untuk memproses percernaan dalam perut serta mengganggu hormon selera makan kita.

5. Keselematan Diri Kita Dan Masyarakat

Mengalami tidur yang tidak cukup akan membahayakan diri dan orang lain. Contohnya, apabila kita berada di atas jalan raya sedang memandu, kita akan berisiko terlelap seketika (microsleep) ia boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan mesin atau alat akan membahayakan diri kerana focus yang kurang.

6. Menguatkan Daya Ingatan

Kajian mendedahkan apabila kita mendapati tidur yang teratur akan menguatkan daya memori dan kemahiran yang dipelajari. Ianya, satu proses yang dikenali sebagai penyatuan memori. Ia juga, akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.

Langkah Untuk Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

1. Elakkan Pengambilan Kafein Pada Waktu Siang

Bagi penggemar kafein, jangan mengambil terlalu mudah terhadap rangsangan kafein seperti kopi dan teh di dalam sistem saraf manusia. Walaupun kesannya berbeza pada setiap orang, lebih baik ia dielakkan mengambil pada waktu petang dan malam.

2. Elakkan Menggunakan Gajet Sebelum Tidur

Terlalu lama penggunaan gajet sebelum tidur akan menghalang pengeluaran melatonin normal dalam badan kita. Ia juga, terdapat suatu hormon utama dalam badan dan sistem circadian. Melatonin akan memberitahu badan kita bahawa badan kita perlukan tidur. Jika kita, mengabaikan tanda itu ia akan melengahkan tidur dan ia akan menganggu emosi pada waktu siang.

3. Melakukan Senaman

Telah membuktikan apabila kita melakukan aktiviti fizikal seperti yoga, berjogging ataupun aktiviti kecergasan ia akan meningkatkan suhu badan. Ini akan, membantu kita memanaskan badan dan meningkatkan metabolisme. Apabila suhu badan kita menjadi selesa, ia akan membantu kita mudah tidur dengan lena.

4. Elakkan Makan Sebelum Tidur

Makan sebelum tidur adalah salah satu tabiat yang tidak sihat pada seseorang. Pada kebiasaannya, sebelum tidur perut akan memproses. Asid akan mula bekerja di dalam sistem percernaan. Ia akan menyebabkan badan tidak dapat menghadam makanan sebelum tidur. Untuk mengelakan berlakunya, pastikan mengambil pemakanan sebelum 2 jam.

5. Posisi Tidur Yang Betul

Ketahuilah tidur posisi yang betul akan memperoleh tidur yang selesa dan lena. Apabila kita tidur mengiring ke sebelah kanan, oksigen dalam otak kita meningkat. Posisi badan mengiring di sebelah kanan akan membuat jantung yang berada di kedudukan kiri tidak bertindih dengan organ lain. Ia juga, membantu jantung tidak mendapat tekanan.

6. Suasana Tidur Yang Selesa

Percaya atau tidak, seseorang boleh mendapat tidur yang berkualiti dengan cara menghias dan membaiki tempat tidur yang selesa. Seseorang hanya memerlukan bantal, selimut dan juga alas yang selesa untuk mendapatkan tidur yang lena. Ketahuilah, suasana tempat tidur yang kemas dan bersih pada umumnya boleh mengurangkan tekanan, juga memberi kebahagian untuk tidur.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: