KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Seperti yang kita semua sedia maklum, Ramadhan sudah semakin dekat tetapi apakah anda tahu apa yang istimewa pada bulan Ramadhan berbanding bulan -bulan lain? Di sini saya akan kongsikan beberapa keistimewaan Ramadhan dan syarat-syarat sah Puasa

1. Bulan penuh keampunan

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah SWT, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menerangkan bahawa kita dapat menghapuskan dosa-dosa lalu, dengan melakukan ibadah di bulan Ramadhan dan berpuasa. Hal ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah di mana pintu kebaikan akan terbuka lebar.

2. Bulan baik untuk bersedekah

Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitu sedekah dibulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)

Oleh itu, di bulan Ramadhan mari la sama-sama kita lebihkan bersedekah agar kita dapat mengumpul pahala yang lebih banyak sebagai bekalan di akhirat kelak.

3. Terdapat malam Lailatul Qadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadr ayat 1-5)

perkara ini tidak la asing lagi bagi kita, malam kerana Lailatul Qadar adalah salah satu malam pada malam-malam terakhir dan ganjil di bulan Ramadan. Bahkan disebutkan bahwa malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

Syarat sah puasa

  • Islam
  • Berakal
  • Suci dari haid dan nifas
  • Memasuki waktu puasa wajib dan Sunnah

Niat puasa?

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: