DATANG HAID BUKAN PENGHALANG UNTUK BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana keistimewaannya yang tidak ada bulan-bulan lain, antaranya adalah malam Lailatur Qadar dan lain- lain untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan Ramadhan boleh baca artikel “KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN“. Berbalik kepada topik di atas sebagai Muslimah pastinya kita tidak mahu terlepas dari mengejar ganjaran- ganjaran di bulan Ramadhan. Oleh itu, berikut saya sediakan amalan yang boleh dilakukan bagi wanita yang sedang haid untuk beribadah di bulan Ramadhan.

1.Berzikir dan berdoa

Amalan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja oleh itu, ia sangat sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang haid bagi mengumpul pahala di bulan Ramadhan supaya tidak rasa ketinggalan dalam ibadah . Wanita yang sedang Haid ketika 10 malam terakhir boleh la berdoa supaya diampunkan dosa dan berzikir seperti riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

2. Menghadiri majlis-majlis ilmu

Pada zaman ini, untuk menutut ilmu bukan la perkara yang susah, kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan contohnya, bertemu secara fizikal atau secara maya dengan menggunakan platform zoom meeting, google meet dan sebagainya. Menuntut amat dituntut dalam Islam selain daripada membantu kita dalam kehidupan di dunia kita juga dapat mengumpul perhala.

3. Bersedekah

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu. [sumber : MUFTI WP]

4. Memberi makanan atau menyediakan makanan iftar

Hal ini mungkin kelihatan remeh atau kecil namun, amat besar ganjarannya bagi wanita yang sedang haid. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

Kesimpulannya, bagi muslimah di luar sana, datang haid bukan la penghalang untuk kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan dan mengejar syafaat bulan Ramadhan kerana masih banyak lagi amalan yang boleh dilakukan ketika haid supaya Muslimah-muslimah tidak terlepas peluang.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: