Adakah anda sudah bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan ?

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia di dalam Islam di mana umat Islam akan berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadah serta merenung diri sendiri. Jadi, mari la sama-sama kita raikannya dan buat yang terbaik dalam bulan mulia ini. Tetapi sebelum itu, apakah persiapan yang perlu dilakukan sebelum masuk bulan Ramadhan?

1. Membuat persiapan rohani

Persiapan rohani amat penting bagi menjamin kelansungan hidup di bulan mulia, antara persiapan rohani yang boleh dilakukan ialah bertaubat, memperbanyakkan berzikir, memperbaiki amal ibadat dan lain-lain. Hal ini kerana, dengan melakukan perkara-perkara tersebut secara tak lansungnya dapat menjadikan kita lebih bersemangat serta mendidik diri agar lebih menghayati bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

2. Mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang negatif

Hal ini amat penting bagi mengelakkan amal ibadat kita di bulan puasa terganggu dan mengurangkan pahala berpuasa. Contoh-contoh perkara yang perlu dielakkan ialah :

  • Mengumpat.
  • Bermalas-malasan.
  • Bersangka buruk.
  • Menggunakan kata-kata kesat.

3. Mengurus masa dengan baik

Pengurusan masa yang baik adalah salah satu perkara yang harus di praktikkan setiap hari khususnya di bulan puasa ini bagi menjamin umat Islam agar tidak terlepas waktu untuk bersahur dan waktu untuk melakukan amal ibadah walaupun sibuk dengan kerja pada waktu siang. Selain itu, ini juga boleh mengajar muslim untuk berdisiplin dalam kehidupan sehari-hari.

4. Menjaga waktu tidur

Tidur yang cukup dapat membantu dalam menguatkan ketahanan diri agar lebih bertenaga ketika berpuasa. Antara tips-tips yang boleh dilakukan untuk tidur yang baik adalah

  • Posisi tidur yang betul
  • Suasana tidur yang selesa
  • Mengelakkan pengambilan kaffein sebelum tidur
  • Untuk maklumat selanjutnya tentang kebaikan tidur yang cukup dan cara-cara untuk mendapatkan tidur yang baik boleh klik butang di bawah

5. Menjaga kesihatan diri

Kesihatan yang baik dapat memastikan kita boleh melakukan ibadah dengan lebih lancar. Hal ini kerana, jika kesihatan tidak baik maka seseorang itu akan menghadapi kesukaran dalam melakukan sesuatu aktiviti. Contohnya penjagaan kesihatan yang tidak baik boleh mendatangkan penyakit ketika berpuasa contohnya, demam, sakit kepala, gastrik dan sebagainya. Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan sebelum bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

  • Minum air masak secukupnya
  • Tidur yang mencukupi
  • Bersenam
  • Menjaga permakanan

Semoga perkongsian di atas dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyiapkan diri kita bagi menyambut bulan mulia iaitu Ramadhan In Shaa Allah, yang baik dari Allah yang kurang dari saya sendiri. Selamat beribadah!

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: