4 MAKANAN SUNNAH YANG BANYAK KHASIATNYA

Di bulan Ramadhan ni pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk kekal sihat dan segar ketika berpuasa. Oleh itu, saya akan kongsikan antara makanan-makanan sunnah yang sesuai untuk bulan puasa dan senang dijumpai di negara kita.

1. KURMA

Kurma bukanlah makanan yang asing lagi terutama di bulan Ramadhan ini tetapi apakah kebaikannya? Antara kebaikan kurma:

  • Menguatkan tulang
  • Mengawal berat badan
  • Bagus bagi mencega kanser

“Sesungguhnya pada kurma Ajwah’Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila di makan pada awal pagi.”- [HR MUSLIM 2048]

Antara resipi yang menggunakan kurma adalah, susu kurma, sup ayam dan kurma merah dan lain-lain.

2. KISMIS

Sejak kecil lagi ibu bapa kita akan memberikan kismis sebagai snek hal ini kerana, rasa kismis yang manis dan mudah dimakan sesuai dijadikan snek untuk anak-anak dan kebaikkanya juga tidak dapat disangkal lagi. Selain itu, ia juga dikenali sebagai makanan untuk otak. Antara kebaikannya:

  • Mengurangkan tekanan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan jantung
  • baik untuk kecerdasan minda

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Antara resepi yang menggunakan kismis adalah, roti kismis, daging masak kismis, pancake kismis dan lain-lain.

3. BUAH TIN

Buah Tin adalah buah yang sangat berkhasiat sehinggakan terdapat surah yang dinamakan sempena buah ini di dalam Al Quran malah dianggap ‘buah syurga’ . Antara khasiatnya:

  • Baik untuk penghadaman
  • Menurunkan kandungan kolestrol
  • Mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan

Antara resepi yang menggunakan buah Tin adalah jem buah Tin, kek keju bersama buah Tin segar dan lain-lain.

4. MADU

Madu sangat popular di luar dan dalam negara kerana khasiat dan kelazatannya. Hal ini kerana madu mempunyai rasa yang manis dan tidak menjejaskan kesihatan seperti gula. Berikut adalah antara khasiatnya:

  • Menguatkan sistem imun
  • Kekalkan tenaga
  • Baik untuk jantung

Antara makanan yang menggunakan madu adalah, ayam goreng madu, teh limau dan madu, cornflakes madu dan lain-lain.

Justeru itu, marilah sama- sama kita mengubah gaya hidup kita mengikut Sunnah Rasulullah nescaya kesihatan kita akan terjamin dan hidup kita akan lebih bermakna. Sekian dari saya, semoga bermanfaat 🙂

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: