Di penghujung bulan Syawal ini, Al Baghdadi mengambil kesempatan untuk meraikan tetamu di dalam Acara Majlis Open House Al Baghdadi yang diadakan pada hari Sabtu 20 Mei 2023. Tetamu yang hadir terdiri dari para pengusaha Institusi Pembelajaran Al Quran dan juga VIP jemputan seperti Dato Haji Hasbullah L Isa (Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Al Baghdadi). Meskipun diadakan secara sederhana, namun tetap meriah dengan hidangan utama Nasi Arab, Kambing Bakar dan pelbagai juadah lain. Barisan Pengarah dan staff Al Baghdadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke majlis ini.