Assalamualaikum w.r.w.b
Maha suci Allah, solawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillah, telah selesai acara simbolik penyerahan tugas sebagai Pengarah Yayasan Al Baghdadi kepada Pengarah yang baru iaitu Tuan Hj Mohd Nazri Bin Yunus bermula 1 Januari 2023.
Sepanjang saya menerajui Yayasan Al Baghdadi dari tahun 2019-2022, pelbagai pengalaman baru, suka dan duka dalam menjalankan amanah dari sumbangan wang ringgit orang ramai untuk program pendidikan,kemanusiaan dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yayasan Al Baghdadi akan terus bergerak menjalankan program CSR berfokus kepada memberi pendidikan Al Quran kepada masyarakat asnaf di seluruh Malaysia dan juga aktiviti bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan di bawah kepimpinan baru nanti.
Terima kasih kepada semua para penyumbang dan NGO yang terlibat membantu menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Al Baghdadi, termasuk para agen korporat, Rangkaian Hikmah Centre dan para sukarelawan. Semoga usaha kita semua diterima Allah sebagai amal yang ikhlas dan mendapat keredhaanNya.
Selamat Maju Jaya kepada team dan Pengarah Yayasan Al Baghdadi
Wallahu alam
Md Hakim Taman
Pengarah IT & Kandungan Pemasaran Digital
Kumpulan Al Baghdadi