Mendepani dunia yang serba moden dan berteknologi tinggi, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh masyarakat untuk kekal relevan. Begitu juga dengan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran masa kini, ia tidak hanya tertumpu kepada metod secara fizikal. Namun, pendigitalan telah diaplikasikan dalam dunia pembelajaran dan pengajaran Al-Quran seperti yang dilaksanakan oleh Al Baghdadi Group Sdn Bhd melalui medium Zammiluuni.com. Baru-baru ini bertarikh 5 Januari 2023, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada pihak Astro Awani berkenaan pendigitalan Pendidikan Al-Quran Al-Baghdadi.
Antara intipati daripada wawancara tersebut, Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin ada menyebut berkenaan hala tuju Al-Baghdadi 2023, kaedah pembelajaran Al-Quran melalui metod ketukan, dan disokong dengan penggunaan medium digital iaitu sistem Zammiluuni.com. Diharapkan perancangan dan hasrat Al-Baghdadi mencelikkan ummah dengan Al-Quran dipermudahkan dan berkembang secara menyeluruh dalam negara dan seterusnya ke luar negara.