'Sesi Townhall' bersama Pengasas Teknik Al Baghdadi

'Sesi Townhall' bersama Pengasas Teknik Al Baghdadi

Siri jelajah yang diberi nama  'Townhall' bersama pengasas Teknik Al Baghdadi Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin telah berjaya diadakan dibeberapa lokasi diseluruh negara. Ini merupakan townhall ( pertemuan) bersama pengasas sejak pendemik yang melanda negara pada Mac 2020.

Sesi pertemuan ini adalah bagi mengeratkan ukhuwwah bersama pengusaha rangkaian Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi yang terkesan akibat covd-19 yang lalu. Semoga pertemuan ini dapat memberi semangat dan inspirasi baru kepada para pengusaha untuk terus bersama menyebarkan ilmu Al Quran kepada masyarakat umat Islam di Malaysia.

Selain itu juga Ustaz Jalaluddin berkongsi beberapa program baru seperti Pentagon Math, Home Schooling dan Program Transit yang boleh dilaksanakan di centre-centre yang berminat. Ianya satu lonjakan baru yang dilakukan oleh Al Baghdadi untuk pergerakan 10 tahun ke 2 ini.

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

© 2022 Al Baghdadi Group Sdn Bhd