PROGRAM SIJIL GURU TAJWID BERSAMA USTAZ AHMAD FITRI  

Tarikh: 26 Febuari 2022
Masa: 9 pagi – 4 petang
Tempat: Wisma Al Baghdadi, Selayang

Program ini diadakan pada 26 Febuari 2022 yang bertempat di Wisma Al Baghdadi yang telah dijalankan secara offline dan juga secara online melalui link zoom Al Baghdadi. Program ini telah diketuai seorang guru iaitu Ustaz Ahmad Fitri yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ilmu Al Quran yang sangat baik. Di sini, pelajar dapat belajar tajwid dengan lebih teliti dan jelas.

Ingin berjaya di dunia haruslah berjaya di akhirat. Membaca Al Quran adalah amalan yang mulia bagi setiap muslim. Setiap perkataan yang kita baca dibalas dengan sepuluh kebaikkan, yang pernah disebut Rasulullah SAW dalam sabdanya.

BENGKEL KURSUS GURU TAJWID

Dengan mempelajari ilmu tajwid kita dapat membaiki setiap huruf yang kita baca. Mengetahui tajwid dengan betul adalah perkara yang sangat indah kerana kita dapat membaca Al Quran dengan lebih lancar dan fasih, serta dapat memelihara lisan dan kesalahan ketika membaca Al Quran.

Sewaktu program dijalankan, Al Baghdadi menggunakan buku terbaru Tajwid Al Baghdadi yang dikeluarkan pada akhir Januari 2022. Buku Tajwid Al Baghdadi ini, telah diperbaharui dengan lebih mudah difahami, penulisnya iaitu Ustaz Ahmad Fitri bersama Pengasah Al Baghdadi Ustaz Jalaluddin.

Keistimewaan Buku Tajwid Al Baghdadi ini, dihasilkan dengan bahasa yang sangat mudah difahami serta telah dibentuk secara ringkasan agar seseorang mudah belajar dan praktikkan. Ianya juga, sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Buku Tajwid ini telah dibincangkan bersama mereka yang menyertainya semasa khusus dijalankan. Mereka mempelajari pengenalan Tajwid, Makhraj huruf, Aliff Lam Ma’rifah dan pelbagai topik dikupaskan satu persatu.

Tidak ketinggalan juga, khusus ini mengalu-alukan kehadiran para guru-guru Al Quran Baru menyertai dan hadir untuk mengasah Tajwid dengan lebih sempurna. Orang awam juga, diberi peluang menyertai khusus ini bersama-sama.

Tujuan program ini, ingin mendidik dan memperbaiki Tajwid dengan lebih betul. Bukan sahaja belajar Al Quran malah kita dapat mengajarkan Al Quran serta dapat perbetulkan bacaan solat kita.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: