Pelatihan Untuk Usahawan Komuniti Greenpages

Komuniti Greenpages (GPC) telah berjaya menganjurkan siri kursus jangka pendek kepada para usahawan . Kursus yang telah dianjurkan sejak bulan Ramadhan tempohari ialah bagi membantu para usahawan berkaitan pemasaran, pengurusan hak pekerja dan komunikasi dengan pelanggan. Baru- baru ini kursus berkaitan Komunikasi dengan pelanggan yang telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta.

Program yang dianjurkan oleh GPC ini dibantu oleh Ikon Technical Academy iaitu penyelia training untuk Perkeso. Ikon Technical Academy diketuai oleh Tuan Mohd Fazdly Bin Mislan iaitu bekas Pensyarah di Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech dan sekarang merupakan Penolong Pengurus di Ikon Technical Academy. Beliau dibantu beberapa orang fasilitator yang juga berpengalaman seperti beliau.

PERINCIAN PROGRAM
Tajuk 1: TEKNIK PEMASARAN WHATSAPP

  • Asas Dunia Digital
  • Unique Value Proposition
  • Aplikasi Whatsapp Dalam Perniagaan, Whatsapp vs Telegram

Tajuk 2: BENGKEL PENGURUSAN HAK PEKERJA

  • Pengenalan Undang-undang Buruh di Malaysia & Akta Kerja 1955
  • Strategi Menangani Konflik
  • Memahami dan Mengenalpasti Stress

Tajuk 3: KOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN

  • Kemahiran berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan.
  • Kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri, etiket dan tingkah laku
    menyenangkan.
  • Persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi
  • Strategi-strategi untuk mempengaruhi pelanggan

Next coming program yang kami akan anjurkan adalah tentang kesedaran peniaga peniaga SME tentang bila masa yang sesuai untuk menubuhkan syarikat Sendirian Berhad dan kelebihan kelebihan menubuhkan syarikat sendirian berhad bersama Green Pages Community.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: