MAJLIS KONVOKESYEN DAN KHATAM AL QURANAPC KOTA MASAI DAN PELANGI INDAH

18 Mac 2022
Jumaat
15 Syaaban 1443h

AL Baghdadi Playtime Centre Kota Masai dan Pelangi Indah mengadakan proram tahunan iaitu Majlis Konvokesyen di dewan Balai Islam Al Munawwarah, Kota Masai, Johor pada 18 Mac 2022. Program ini juga turut diselitkan Majlis Khatam Al Quran bagi meraikan murid-murid yang telah khatam Al Quran 30 juzuk

Menurut En Mohd Ariff Bin Hj Hamdan (Pengusaha PAC Kota Masai dan Pelangi Indah), seramai 36 orang berjaya khatam Al Quran 30 juzuk bagi sesi 2021, dan 30 orang daripadanya adalah murid yang berumur 6 tahun. Dan yang paling membanggakan adalah apabila Adik Aina Athira Binti Raziman dinobatkan sebagai satu-satunya murid yang berjaya katham Al Quran seawal usia 4 tahun. Menurut bapanya, En Raziman bin Ibrahim, anaknya telah berjaya menghafal surah Al Fatihah dengan fasih setelah menyertai APC selama 3 bulan dan akhirnya berjaya khatam 30 juzuk setelah setahun lebih disana.

Salah seorang ibubapa, Puan Farina Nadia binti Zainal Abidin turut berkongsi keterujaan beliau terhadap peningkatan serta perkembangan anaknya yang sangat ketara setelah menghantar anaknya ke APC Kota Masai. Jelas beliau lagi, beliau sanggup menghantar ketiga-tiga anak beliau ke APC yang sama walaupun rumahnya agak jauh dari lokasi APC dan terpaksa berulang alik setiap hari.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan-persembahan daripada anak-anak APC. Pelbagai persembahan yang mencuit hati yang disajikan kepada semua hadirin yang hadir. Antaranya persembahan bercerita, dikir barat, nyanyian berunsur ketuhanan dan kalam Jamaie.

Tahniah diucapkan kepada semua warga APC Kota Masai dan Pelangi Indah khususnya kepada pengusahanya En Mohd Ariff Bin Hj Hamdan di atas pencapaian kedua-dua APC tersebut dalam melahirkan generasi genius Al Quran.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: