Majlis Graduasi Kanak-Kanak APC Pasir Mas dan Lemal

Tarikh: 05 February 2022
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Al Baghdadi Playtime Centre / APC Pasir Mas & Lemal

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Al Baghdadi Playtime Centre telah dijalankan di Pasir Mas Lemal Kelantan pada 5 Febuari 2022. Majlis ini telah dihadiri 33 orang kanak-kanak yang berusia 4 tahun hingga 6 tahun. Turut hadir, Yang berbahagia Tuan Azri Bin Jemani Pengarah Pembangunan Perniagaan Al Baghdadi sebagai perasmi majlis serta pegawai-pegawai dari Al Baghdadi.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kanak-kanak di APC Pasir Lemal yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan mereka. Untuk memeriahkan lagi suasana program ini, APC Pasir Mas Lemal mengadakan aktiviti yang menarik antaranya persembahan, cabutan bertuah dan jamuan. Tidak ketinggalan juga, terdapat beberapa booth turut serta menceriakan program pada hari itu. Antaranya seperti, booth Mickey Mouse, Winnie The Poh dan Rilakkuma Bear.

Tujuan program ini ingin mencungkil bakat, pembentukan identiti dan mengenal kemahiran social kanak-kanak agar dapat berhubung dengan orang sekeliling. Ia juga, dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak.

Berperang dengan pelbagai SOP yang ketat, APC Pasir Mas tidak mahu kenangan akhir tahun kanak-kanak berlalu begitu sahaja, justeru APC Pasir Mas diserikan lagi dengan mengadakan penyampaian ucapan, sesi bergambar dan pemberian Al Quran Wakaf dari Brunei bersama kanak-kanak.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: