LEFTENAN ADNAN SAIDI: PERWIRA BANGSA

Hari ini, nak menceritakan apa yang telah berlaku dengan perwira Tanah Melayu kita iaitu Leftenan Adnan. Adnan Bin Saidi adalah nama penuh Leftenan Adnan yang dilahirkan pada tahun 1915 dan beliau meninggal pada 14 Februari 1942. Beliau dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang. Beliau mendapat Pendidikan Inggeris di Kampung Pekan Sungai Ramal. Beliau merupakan anak pertama daripada empat beradik.

Setelah menamatkan pengajian, beliau bekerja sebagai seorang guru pelatih selama setahun lebih. Leftenan Adnan kemudiannya, membuat keputusan meneruskan kerjayanya sebagai anggota tentera. Pada tahun 1933, beliau yang berusia 18 tahun telah memasuki Rejimen Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau telah dianugerahkan rekrut terbaik pada tahun 1934 yang merupakan salah seorang anak melayu yang pertama mendapatkannya.

Pada tahun 1936, beliau dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada usia yang sangat muda. Pada tahun 1937, beliau terpilih mewakili platun dalam pembarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George yang keenam. Setelah pulang dari London, beliau berkahwin dengan seorang guru dikampungnya iaitu Puan Sophia Pakih Muda dan dikurniakan 3 orang anak. Dua orang anak lelakinya, Mokhtar dan Zainuddin dan seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya meninggal selepas kejatuhan Singapura.  

Tidak lama selepas itu, beliau dinaikkan pangkat ke Sarjan Mejar dan di hantar ke Singapura bagi mendapatkan latihan khusus pegawai. Setelah menamatkan khusus, beliau dilantik sebagai Leftenan Muda dan menjadi Ketua Platun ke 7, Kompeni C. Pada tahun 1941, beliau dan keluarga dihantar tinggal di Singapura, merupakan kawasan khas Rejimen Askar Melayu yang bertempat di Pasir Panjang.

Setelah mendengar berita peperangan Perang Dunia kedua yang akan dijajah oleh Jepun di Singapura. Leftnan Adnan membuat keputusan menghantar semula keluarganya pulang ke kampung mereka di Sungai Ramal. Lebih menyedihkan, ketika itu isteri Leftnan Adnan mengandung anak yang ketiga dan kali terakhir beliau bersama keluarga.

Ketika itulah, hampir berlakunya Perang Dunia kedua pada tahun 1942. Leftenan Adnan telah mengetuai pertempuran itu seramai 42 orang rakannya di Singapura untuk mempertahankan Tanah Melayu di Bukit Candu daripada Askar Jepun.

Pada awal pertempuran itu, Askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan telah berjaya mematahkan serangan Askar Jepun. Kali keduanya, Askar Melayu telah tewas mempertahakan kerana Askar Jepun mempunyai lebih ramai anggotanya. Ketika itu, Askar Melayu telah ramai terkorban termasuklah Leftenan Adnan turut terkena tembakkan. Dalam kesakitan, Leftnan Adnan bangkit semula untuk melepaskan tembakkan ke arah Askar Jepun.

Berlakunya, lebih teruk lagi Askar Jepun mengetahui Leftenan Adnan adalah Ketua Askar Melayu. Mereka telah menangkap Leftenan Adnan lalu menggantungkan Leftenan Adnan di sebatang pokok ceri. Mereka menyeksa Leftenan Adnan dengan sungguh kejam. Lehernya dikelar, mencarit perut hingga isinya terburai. Lalu Askar Jepun, membiarkan Leftenan Adnan digantungkan di pokok sebagai pengajaran siapa yang mencabar mereka.

Disini, jasa keberanian Leftenan Adnan mempertahankan Tanah Melayu adalah sangat besar dan bermakna buat kita semua. Dengan ini, sebagai mengingatkan jasa Leftenan Adnan dan Askar Melayu dalam mempertahankan Malaysia dan Singapura. Perdana Menteri Singapura telah membina satu tembok peringatan yang berada di Vigilante Drive, Kent Ridge Park, Singapura. Banglo penjajahan Bukit Candu pula, telah diubah suai menjadi Memorial Perang Kedua atau lebih dikenali sebagai Refleksi Bukit Candu yang di buka tahun 2002 di bawah Badan Warisan Kebangsaan Singapura.          

Leftnan Adnan pernah berkata, biar putih tulang jangan putih mata. Itulah perjuangan Leftnan Adnan dan Askar Melayu yang jangan pernah kita lupakan. Leftenan Adnan tidak pernah berputus asa demi untuk mempertahankan Tanah Melayu tercinta.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: